Thursday 4 October 2012

Dah lama tk buka blogger. Sibuk dgn tugasan n study. Sebelum cuti persekolahan, sibuk smpai ke hari terakhir persekolahan. Cuti pn sibuk dgn study at IPSAH. Setahun lg rasa tk sabar dh nk hbiskn study. Sabar aje lah.............

Tuesday 27 September 2011

Kekangan yang perlu dihadapi oleh guru bagi merealisasikan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu melalui TMK dan cara-cara mengatasinya
(d)                   Pengintergrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) mendatangkan manfaat dan impak yang besar terhadap pengajaran dan pembelajaran  Bahasa Melayu di sekolah rendah. Namun begitu, terdapat pelbagai masalah yang menjadi kekangan bagi memanipulasikan teknologi ini.
Dunia pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat yang dibawa oleh kesan globalisasi, pendemokrasian pendidikan, ledakan teknologi maklumat, ekonomi yang berasaskan pengetahuan, persaingan hebat dan usaha ke arah pembentukan sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Perubahan yang berlaku secara global ialah penambahan minat dan usaha untuk para pendidikan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TKM) dalam pendidikan. Walau pun wujud banyak isu-isu yang menjadi halangan penggunaan dan integrasi TMK di sekolah malah di setiap institusi pendidikan, semua pihak wajar berperanan sebagai pembantu menyelesaian isu dengan mengutarakan cadangan dan pandangan untuk dinilai dan dibincangkan dengan lebih mendalam.
TMK membawa wajah baru dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah . Sebagai contoh peranan guru telah berubah dari instruktor ke fasilitator dan pengajaran berasaskan kaedah eksposisi telah berubah kepada pengajaran yang membolehkan pelajar melakukan eksplorasi sama ada secara individu atau dalam kumpulan kecil. Peluang pembelajaran individu telah diberi kepada pelajar untuk membolehkan mereka belajar secara akses kendiri, terarah kendiri dan mengikut kadar yang sesuai dengan kebolehannya. Pakej pembelajaran sebegini adalah sangat sesuai dilaksanakan sesuai dengan arus perkembangan dunia pendidikan moden. Salah satu daripada strategi yang dapat digunakan oleh guru untuk menghadapi perubahan dari segi model dan amalan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah dengan mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran.


HALANGAN PENGGUNAAN DAN INTEGRASI TMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH RENDAH.

Bahan software tidak bersesuaian dengan tajuk/ situasi semasa.
         Banyak bahan software yang dibekalkan ke sekolah untuk pengajaran dan pembelajaran guru semasa di awal program ini dilaksanakan tetapi ada di antara bahan-bahan ini tidak bersesuaian dengan tajuk dan tahap kebolehan murid. Contohnya kebanyakan bahan yang dibekalkan terlalu mudah untuk murid pandai dan  terlalu tinggi untuk murid yang lemah .Ini akan membebankan guru untuk membuat penerangan dan memberi  pemahaman semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kualiti bahan yang dibekalkan juga tidak elok di mana selepas digunakan beberapa kali, mutu suara dan gambar berubah dan ada juga yang langsung tidak boleh digunakan.

Cadangan penyelesaian
         Semua bahan yang dibekalkan ke sekolah mestilah berkualiti dan menepati  standard piawaiannya. Bahan – bahan yang dibekalkan mesti menepati tajuk dan bersesuaian dengan tahap kebolehan murid-murid  di bandar mahupun di luar bandar supaya matlamat yang hendak dicapai terlaksana dengan baik dan berkesan. Semua pihak dan situasi perlu diambil kira dan diguna pakai supaya bahan yang terhasil berkualiti dan mengikut standard pembelajaran.Kerajaan perlu menubuhkan jawatankuasa bertindak yang ampuh bagi menangani permasalahan ini supaya kekangan ini dapat diatasi dan seterusnya penggunaan TMK dalam P&P lebih berkesan dan menarik.





Prosuder dan tatacara pinjaman makmal / alatan daripada pihak pentadbiran sekolah yang ketat.
                Integrasi teknologi maklumat dan komunikasi penting bagi memudah dan mempercepatkan penyampaian ilmu pengetahuan kepada pelajar. Pelaksanaannya memerlukan infrastruktur yang mencukupi dan penyelenggaraan yang baik supaya tidak timbul banyak masalah sepanjang mengendalikannya. Realiti yang berlaku ialah menjadi satu kesukaran kepada pihak guru yang ingin menggunakan bahan teknologi sebagai alat bantu mengajar apabila terpaksa berhadapan dengan prosedur yang ketat daripada pihak pentadbiran sekolah.Contohnya guru terpaksa menempah awal makmal komputer dan juga peralatan seperti komputer dan LCD. Ini akan menyebabkan pihak guru lebih selesa menggunakan cara tradisional berbanding bahan teknologi maklumat yang ada.

Cadangan penyelesaian
            Berdasarkan Model Apple Classroom of Tomorrow ( ACOT ) terdapat lima langkah perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi maklumat. Langkah pertama menurut model ini ialah semua pihak perlu menerima secara positif kemasukan ( entry ) teknologi dalam bidang pendidikan. Pentadbir dan guru perlu memandang positif keupayaan TMK dan berusaha memilih ( adoption ) bahan yang sesuai untuk digunakan. Pilihan yang baik pula akan disesuaikan ( adaptation ) kaedah penggunaannya supaya memberi kesan yang baik kepada pihak pentadbir, guru dan pelajar.
Menurut model ini juga, penggunaan (appropriation) TMK dengan betul penting supaya bahan tersebut dapat digunakan secara berterusan. Apabila semua pihak mahir menggunakan bahan TMK dengan baik maka tiada lagi kerisauan pihak pentadbiran tentang kerosakan. Justeru prosedur yang membebankan pihak guru boleh diubahsuai dan mesra pengguna. Pada peringkat akhir, pihak pentadbir dan guru mampu merekacipta ( invention ) bahan-bahan yang sesuai untuk digunakan sebagai pemudahcara bagi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pelajar di dalam bilik darjah.

Kekurangan latihan kepada guru.
Faktor ini akan menyebabkan proses mengintegrasikan TMK dalam pendidikan terbantut. Sebilangan besar guru yang telah lama menggunakan kaedah syarahan semasa pengajaran dan pembelajaran akan menimbulkan kerisauan bahawa teknologi hanya menyusahkan mereka. Hal ini kerana tiada pendedahan dan latihan kepada guru tentang ledakan teknologi yang sebenarnya boleh membantu mereka menyampaikan pengetahuan kepada para pelajar dengan lebih berkesan. Sebagai cadangan penyelesaian isu ini, maka semua pihak perlu berusaha untuk mengenalpasti konsep atau model yang sesuai untuk digunakan. Sejajar dengan hasrat kerajaan Malaysia yang mengwar-warkan jalur lebar maka semua pihak perlu berusaha mengintegrasikan teknologi untuk kemanfaatan bersama khususnya bidang pendidikan.
Cadangan penyelesaian
             Merujuk kepada beberapa model yang sesuai digunakan bagi mengatasi situasi ini di antaranya ialah Technology Acceptance Model and E-learning ( TAM ). Model ini menetapkan dua ciri utama iaitu penerimaan kegunaan ( perceived usefulness) dan penerimaan mudah digunakan (perceived ease of use ). Ciri pertama merujuk kepada sejauh mana pengguna yakin bahawa menggunakan teknologi akan meningkatkan prestasi kerjanya. Kesedaran ini akan membantu pihak sekolah mengadakan bengkel-bengkel latihan supaya semua guru menerima pendedahan yang cukup berkaitan kepentingan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.
         Ciri kedua model ini pula menjelaskan berkaitan bahan TMK hendaklah mudah untuk digunakan oleh guru dan pelajar. Bahan yang sukar digunakan menyebabkan sukar untuk dimanfaatkan walau pun setiap guru mendapat latihan yang cukup. Oleh itu latihan yang lengkap dan bahan yang mudah untuk diaplikasikan penting bagi menangani isu halangan penggunaan dan integrasi TMK di sekolah



Kurang kemudahan internet di sekolah
                Pendidikan pada masa kini telah mengalami perubahan yang ketara. Penggunaan internet boleh meningkatkan mutu pembelajaran pelajar dan juga menarik minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran dengan baik. Namun masalah yang sering timbul ialah kemudahan internet tidak begitu memuaskan dan telah membantutkan masa pembelajaran pelajar. Ketiadaan internet di sekolah akan menghilangkan minat pelajar dalam mengikuti kelas yang menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran. Mereka tidak dapat memberi tumpuan yang baik dan tidak dapat menjangka sesuatu pembelajaran yang akan diajar oleh guru.

Cadangan penyelesaian
                         Beberapa cadangan model yang boleh digunakan oleh guru dalam mengatasi masalah menggunakan teknologi maklumat dalam pendidikan. Menurut Howard Gardner ( Harvard University ) guru perlu menggunakan bahan-bahan dari internet mengikut pelbagai tahap kecerdasan pelajar (Multiple Intelligences) supaya dapat menarik minat pelajar dalam pembelajaran mereka. Guru perlu memilih bahan-bahan yang sesuai kerana sebagaimana yang kita maklum setiap insan tidak mempunyai fikiran yang sama atau kecerdasan yang sama dalam menerima maklumat atau pembelajaran mereka.
                      Contohnya pelajar yang lebih cenderung kepada muzik, guru boleh memuat turunkan bahan-bahan dari internet untuk diberikan kepada pelajar dalam mengikuti sesi pembelajaran mereka tanpa perlu menggunakan internet secara langsung dan diperjelaskan kepada pelajar akan kepentingan teknologi maklumat khususnya internet dalam pendidikan. Bagi pelajar yang lebih cenderung kepada persekitaran, guru boleh memainkan peranan dengan menggunakan bahan-bahan dari internet yang mampu menarik minat pelajar dan akan membuat pelajar tertumpu pada pembelajarannya. Guru boleh memuat turunkan bahan-bahan tersebut untuk dibincangkan bersama pelajar di sekolah.


 Kurang perancangan guru sebelum proses P&P / Kekangan masa
Faktor ini merupakan salah satu halangan dalam melaksanakan penggunaan dan integrasi TMK di sekolah. Ini kerana perancangan yang kurang baik dan teliti akan menyebabkan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku tidak menarik, membosankan dan seterusnya hasil pembelajaran tidak akan tercapai dengan berkesan. Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini, model ASSURE boleh digunakan. Selain daripada itu masalah masa iaitu guru dibebankan dengan tugas luar seperti penfailan dan pengkeranian yang perlu dilakukan oleh guru dan ini akan mengurangkan masa guru untuk membuat perancangan yang lebih teliti sebelum P&P di jalankan. Aktiviti luar juga seperti aktiviti kokurilulum dan permainan di waktu petang sedikit sebanyak mengganggu masa dan ruang untuk guru membuat persediaan yang lebih rapi dan teliti.

Cadangan penyelesaian
Menurut model ini guru perlulah mengetahui tahap kognitif pelajar (analyze learner) sama ada lelaki atau perempuan dari kelas yang pandai atau pun lemah. Seterusnya guru mesti memikirkan objektif ( state objective ) pembelajaran yang akan diperolehi dan dicapai oleh pelajar. Ianya boleh dikenalpasti dengan kaedah ABCD ( A- pelajar, B- tingkahlaku yang hendak ditunjuk, C- suasana dan D- kemahiran yang diperolehi ). Pada peringkat seterusnya pula guru mestilah memilih kaedah interaksi yang tepat untuk memenuhi matlamat P&P, media dan bahan yang sesuai ( select instructional methods, media, and materials ) untuk digunakan bertujuan menarik minat pelajar. Contoh bahan yang boleh digunakan ialah teks, gambar, video, audio, dan multimedia yang mungkin dibeli dan dibuat pengubahsuaian atau direka sendiri.
               Langkah seterusnya ialah guru mestilah menguasai bagaimana hendak menggunakannya setiap bahan dengan baik ( Utilize media and materials ). Guru menggalakkan pelajar melibatkan diri ( require learner participation ) kerana penglibatan secara aktif akan menyebabkan mereka belajar dengan baik. Tahap terakhir model ini ialah guru hendaklah mengadakan aktiviti pengukuhan ( evaluate and revise ) dengan memberi kerja rumah kepada pelajar. Oleh itu, guru yang dapat menyediakan perancangan rapi sebelum P&P akan dilihat lebih sistematik dan menyeronokkan.

Pelajar tidak mengetahui kaedah pengajaran guru dengan jelas.
Setiap pelajar mempunyai tahap penguasaan tersendiri berdasarkan banyak faktor di antaranya ialah individu, latar belakang keluarga dan persekitaran sekeliling. Guru yang cuba menggunakan dan mengintegrasikan TMK akan berhadapan dengan halangan di atas. Perbezaan tahap pelajar akan menyukarkan pihak guru menjelas dan memberi pendedahan kepada para pelajar. Kadang-kadang guru terpaksa mengambil masa yang panjang untuk memberi galakan dan minat namun pelajar masih tidak mengetahui kaedah pengajaran yang jelas oleh guru mereka. Masalah bilangan pelajar yang lebih dalam satu bilik darjah juga mengganggu pengajaran dan pembelajaran guru kerana kepelbagaian tahap kebolehan murid akan menyukarkan guru dalam memberi  penerangan dan bimbingan serta tumpuan semasa P&P dijalankan.

Cadangan penyelesaian
Dalam situasi ini model ADDIE boleh digunakan supaya halangan di atas dapat diatasi. Menurut model ini, langkah utama yang perlu dilakukan oleh guru ialah menganalisis ( analysis ) segala maklumat berkaitan pelajar. Kemudian guru perlu menetapkan ( design ) objektif pengajaran dengan jelas. Pada peringkat ini pelajar telah dijelaskan dengan terperinci kemanfaatan TMK dalam pendidikan. Hasilnya guru boleh mengembangkan ( development ) dari isi dan bahan pembelajaran berdasarkan tahap menetapkan tujuan belajar.
         Pada peringkat pelaksanaan ( implementation ) segala perancangan awal tadi dimasukkan ke dalam tindakan dan prosedur untuk latihan pelajar dan pelaksanaan guru. Sebagai contoh guru menyampaikan kandungan pengajaran dan diedarkan kepada pelajar untuk dinilai keberkesanan perancangan dan tindakan. Apabila situasi ini sentiasa diamalkan maka tidak sukar bagi pelajar menjangkakan kaedah pengajaran guru menggunakan TMK dan membuat persediaan rapi. Pada fasa terakhir ini, guru perlu membuat penilaian (evaluate) secara berterusan dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang berlaku semasa menggunakan TMK dalam proses P&P. Suasana pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan berkesan apabila pelajar sedia memahami kaedah pengajaran guru dengan jelas.

Bahan atau Peralatan tidak cukup/ lengkap.
Kerajaan telah membekalkan peralatan seperti ladtop, LCD dan cakera padat ke sekolah –sekolah di Malaysia . Walau bagaimanapun peralatan yang dibekalkan tidak mencukupi dan banyak yang telah rosak. Penyelenggaraannya memerlukan modal yang besar. Sesetengah sekolah tidak mampu membuat penyelenggaraan dan ini akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan TMK. Keadaan ini akan memberi impak dan kesan yang besar terhadap perlaksanaan P&P melalui TMK. Kekurangan peralatan juga membuatkan guru lebih suka menggunakan cara tradisional iaitu menggunakan kapur dan BBM yang mudah diperolehi atau dihasilkan.
Cadangan penyelesaian
          Pihak yang bertanggungjawab haruslah lebih peka dan perlu mengambil tindakan segera jika terdapat sekolah yang kekurangan peralatan atau yang mengalami kerosakan peralatan supaya kekangan ini dapat diatasi secepat mungkin.Agihan peralatan seperti ladtop dan LCD mestilah bersesuaian dengan bilangan guru dan murid di sesebuah sekolah itu. Pemantauan dari pihak kementerian atau jabatan perlu dilakukan dari masa ke semasa supaya permasalahan ini dapat dikurangkan.
Terdapat juga sekolah-sekolah yang mendapat peralatan yang melebihi daripada jumlah yang sepatutnya dan ada juga sekolah yang tidak menggunakan peralatan yang diberi sepenuhnya. Ini akan memberi kesan yang sangat besar terhadap perlaksanaan TMK  di sekolah.



PENUTUP
Jelas bahawa aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya telah diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ).
Kesimpulannya, penggunaan dan perkembangan TMK yang meluas mampu memacu sistem pendidikan negara ke arah kecemerlangan bertaraf dunia sekiranya kekangan yang dihadapi dapat diatasi dengan sebaik mungkin.



 RUJUKAN

1. Maslin Masrom ( 2007 ) Technology Acceptance Model and E-learning. Universiti Teknologi Malaysia

2. Lai Kim Leong ( 2002 ) Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, MPBL.

3. http://www.angelfire.com/bug/rangkaian0/kelebihan_internet.html

4. http://mahirkmm.tripod.com/taksir7.html

BROSUR: Pemilihan bahan internet dalam P&P Bahasa Melayu Sekolah Rendah


Wednesday 20 July 2011

Kursus 1M 1S di SM Vokasional Kerian, B. Serai, Perak.

Hari ni hari kedua kursus ,seronok gila sbb dpt main that my favorite.Esok ari terakhir sedih lak nk bpisah dgn kekawan baru. Apa apa pun enjoy.

Saturday 16 July 2011

Assigment

Ada 2 assigment yg blum siap. PSV n Pengayaan. PSV sblum 1 Ogos n Pengayaan sblum 1 Oktober. Now tention. Pls help.

Friday 24 June 2011

Hari Sukan

Pd 23hb Jun 2011 sukan di SK Wawasan . Sambutan sgt meriah tp yg best nya esoknya cuti. Bdn letih sgt tp seronok.Rumah Zuhal mjadi Johan tp yg penting semangat kesukanan yg ditunjukan oleh semua murid sepanjang acara berlangsung, Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Saturday 11 June 2011